HASIL kajian saya melalui beberapa sumber Internet , saya mendapati bahawa setiap pergerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Rasullullah s.a.w memerintahkan kaum muslimin agar mengikut cara bersolat baginda seperti dalam hadis Rasulullah:
" Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat " - (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hikmah Solat Dalam Kedudukan Berikut
Berdiri Tegak
* Memastikan badan berada dalam garisan lurus, beban badan di letakkan di kedua-dua kaki.
* Otot atas belakang badan berada dalam keadaan rehat.
* Otot-otot kedua tangan berada dalam keadaan rehat sepenuhnya.
* Otot atas belakang badan berada dalam keadaan rehat.
* Otot-otot kedua tangan berada dalam keadaan rehat sepenuhnya.
Rukuk
* Merehatkan sepenuhnya otot bahagian bawah belakang badan.
* Meregangkan otot paha dan betis.
* Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.
* Melembutkan ruas tulang belakang untuk mengurangkan kesakitan waktu bersalin.
Sujud
* Melancarkan aliran darah dan aliran limpa.
* Menguatkan otot-otot dada.
* Melancarkan aliran darah ke otak.
* Memulihkan kedudukan rahim.
* Menguatkan otot-otot dada.
* Melancarkan aliran darah ke otak.
* Memulihkan kedudukan rahim.
* Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
* Memberi dorongan supaya mudah tidur.
* Menggerakkan otot bahu , dada , leher , perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik , secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran aliran darah.
Duduk antara dua sujud
* Melancarkan aliran darah ke kawasan bawah badan.
* Mengurut otot bahagian bawah badan.
* Merawat otot-otot yang tercedera selepas bersalin.
* Merawat buasir.
* Mengurut otot bahagian bawah badan.
* Merawat otot-otot yang tercedera selepas bersalin.
* Merawat buasir.
Duduk tahiyat
* Posisi kaki seumpama rawatan˜akupunktur" mengurut telapak kaki yang mewakili organ-organ dalam badan.
* Merawat buasir.
* Merawat penyakit berkaitan alat kelamin lelaki.
* Merawat penyakit berkaitan alat kelamin lelaki.
Memusing kepala untuk memberi salam
* Menguatkan otot leher.
* Menghilangkan sengal dan lenguh bahagian leher.
* Menghilangkan sengal dan lenguh bahagian leher.
Solat Tarawih dan Puasa Terhadap Kompisisi Badan
* Menguatkan otot dan meningkatkan kadar pembakaran lemak.
* Lemak kurang dalam salur darah – kekenyalan salur darah meningkat dan rintangan berkurang.
* Puasa tidak akan mengakibatkan nyahhidrasi pada sel tubuh badan.
* Sebaliknya, kandungan air di dalam sel badan semakin meningkat.
* Pergerakan Solat Tarawih lebih selama 140 minit dalam satu sesi adalah konsisten dengan tahap senaman sederhana untuk melebihi 150 minit seminggu dan puasa pula merupakan diet yang baik.
* Aktiviti ini dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak sekaligus merendahkan lemak dan nilai glukosa.
* Lemak kurang dalam salur darah – kekenyalan salur darah meningkat dan rintangan berkurang.
* Puasa tidak akan mengakibatkan nyahhidrasi pada sel tubuh badan.
* Sebaliknya, kandungan air di dalam sel badan semakin meningkat.
* Pergerakan Solat Tarawih lebih selama 140 minit dalam satu sesi adalah konsisten dengan tahap senaman sederhana untuk melebihi 150 minit seminggu dan puasa pula merupakan diet yang baik.
* Aktiviti ini dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak sekaligus merendahkan lemak dan nilai glukosa.
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya
AKTIVITI OTOT – Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau mengatakan bahawa otot manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot akan menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, rukuk dan sujud menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh. Malah, solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh".
ISYARAT OTAK – Ng Siew Chok
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya.
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah Tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH – Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu TISU AKTIF , TISU TULANG , KOMPONEN AIR , dan LEMAK.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang ".
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Rasulullah (SAW) mengajar kita supaya merapatkan saf.
Rasulullah (SAW) pernah Bersabda : “Tegakkanlah saf-saf, luruskanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Bahkan, Imam sebelum memulakan solat akan memberi arahan "LURUS dan RAPATKAN SAF"
Cara merapatkan saf yang betul:
“Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Kesimpulan:
Solat umpama senaman ringan dan berpuasa umpama diet yang baik. Kegiatan ini boleh meningkatkan kadar pembakaran basal dan menurunkan kolestrol badan. Justeru ia dapat mengelakkan penyakit jantung, stress, kolestrol dan kegemukan. Pergerakan yang dilakukan semasa solat telah dibuktikan dapat memulihkan fungsi otot-otot dan merawati sakit pinggang. Posisi dan pergerakan solat boleh digunakan sebagai salah satu rawatan pemulihan alternatif untuk menyembuhkan atau mengurangkan sakit pinggang, bukan sahaja kepada penghidap sakit pinggang kronik, tetapi juga disyorkan kepada wanita mengandung tanpa mengira bangsa dan agama.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment