Showing posts with label Keajaiban. Show all posts
Showing posts with label Keajaiban. Show all posts

Saturday, 28 April 2012

Keajaiban Air Laut Yang Tidak Bercampur


Perairan Alaska 

Sempadan laut di perairan Alaska menjadi perkara yang luar biasa kerana kedua-dua bahagian air tawar dan air masin bertembung mewujudkan seolah-olah ia tidak bercampur di tengah laut di teluk Alaska. Terdapat buih-buih yang terhasil dari pertembungan air itu.

Ini adalah satu contoh Halocline, yang disebabkan oleh kecerunan yang kukuh, dimana tahap kemasinan menegak dalam badan air. Walaubagaimanapun, beberapa orang telah mengulas bahawa Halocline adalah lebih daripada fenomena mendatar dan ini berorientasikan yang lebih menegak.

Apa yang anda lihat adalah hasil daripada glasier lebur yang terdiri daripada air tawar dan laut yang mempunyai peratusan garam yang lebih tinggi  menyebabkan kedua-dua badan-badan air mempunyai ketumpatan yang berbeza dan dengan itu membuatkannya lebih sukar untuk bercampur. Pada akhirnya ia akan bercampur dalam masa yang cukupi. Bagaimanapun, penggabungan lautan adalah salah satu peristiwa alam semula jadi yang sangat hebat.


 Sungai Dalam Laut Di Cenote Angelita, Mexico


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun-daun yang terapung.

Subhanallah!!!
Ia mungkin kelihatan seperti sungai,tetapi ia bukan sungai yang sebenar. Ia hanya satu lapisan hidrogen sulfida di bawahnya. Ia kelihatan mengejutkan dan tidak dapat dilupakan apabila anda sampai ke sana dan melihat dengan mata anda sendiri. Dalam perjalanan ke bawah anda, anda boleh melihat lapisan batu-batu yang menakjubkan yang terbentuk semasa zaman ais terakhir. 

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al Qur'an, Al Furqan:53)


Pertembungan Dua Laut

Ilmu pengetahuan moden telah mendedahkan bahawa pada tempat-tempat di mana dua lautan yang berlainan bertemu ada batas di antara kedua-duanya. Had ini membahagi kedua-dua lautan sehingga setiap laut mempunyai suhu, kadar garam dan kepekatan tersendiri. Sebagai contoh, laut Mediterranean mempunyai air yang hangat, berkadar garam tinggi dan lebih pekat berbanding dengan lautan Atlantik. Ketika laut Mediterranean memasuki Atlantik melalui selat Jibraltar, airnya bergerak beberapa ratus kilometer ke wilayah Atlantik pada kedalaman 1000 meter dengan tetap mempertahankan sifatnya yang hangat, berkadar garam tinggi dan lebih pekat. Pada kedalaman ini, air laut Mediterranean berada dalam keadaan stabil. Walaupun ada ombak besar, arus dan pasang surut yang kuat, seolah-olah ada batas yang menghalang pencampuran air dari ke dua lautan ini.

Air laut Mediterranean ketika memasuki Atlantik melalui selat Jibraltar turun ke kedalaman dengan tetap membawa sifatnya yang lebih hangat, berkadar garam lebih tinggi dan lebih pekat kerana ada batas yang membahagi antara kedua-dua lautan tersebut. Suhu dalam darjah Celsius. (Marine Geology, Kuenen, hal. 43, dengan sedikit perubahan.) 

Al Qur'an menyebutkan bahwa ada batas antara dua lautan yang bertemu dan keduanya tidak melampaui batasan ini. Allah berfirman: 


مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. (Al Qur'an, Ar-Rahman (55):19-20)

Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT...


Friday, 9 March 2012

Al-Quran Membongkar Cara Mengesan Penipuan


Kesan ujikaji ke atas otak

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu 1400 tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetik atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan tindak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan kebenaran yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. 

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bertindak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara-saudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenaran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

Wallahu'alam...

Wednesday, 25 January 2012

Penemuan Kota Kaum Tsamud Membuktikan Mukjizat Al-Quran


Peninggalan Kota Tsamud yang dapat dilihat hingga kini

Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan. 
Surah al-A’raaf ayat 74

Kaum Tsamud adalah kaum yang dilaknat oleh Allah SWT kerana mensyirikkan Allah SWT kerana bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antara Madinah dan Syria.

Lokasi Kota Tsamud (Mada'in Salih)

Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr (Tsamud) telah mendustakan rasul-rasul
Surah al-Hijr ayat 81 

Mukjizat Nabi Saleh

Seorang nabi telah diutuskan kepada Kaum Tsamud, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka. Nabi tersebut diceritakan di dalam al-Quran sebagai Nabi Saleh a.s. Nabi Saleh a.s dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai tanda mukjizat baginda. Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta ajaib yang ‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah dalam surah al-Israa ayat 59,

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. Dan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti.
Surah al-Israa ayat 59

Cerita lebih terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh Allah SWT dalam surah As-Syu’araa’ daripada ayat 154 sehingga 159.

Kaum Tsamud berkata:
  Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika    betul engkau dari orang-orang yang benar.
                                                          Surah Asy-Syu'araa ayat 154

 Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu       hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.
                                                         Surah Asy-Syu'araa ayat 155

"Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
                                                         Surah Asy-Syu'araa ayat 156

Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).

                                                         Surah Asy-Syu'araa ayat 157

Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
                                                         Surah Asy-Syur'araa ayat 158

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
                                                         Surah Asy-Syur'araa ayat 159

Tidak Mengendahkan Seruan Nabi Saleh As

Miskipun demikian, kedatangan Nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan tauhid langsung tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah engkar dan terus menerus mencerca dan mencabar Nabi Saleh as. Ia diceritakan Allah swt dalam surah al-A’raaf,

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah).” Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat.” 
(surah al-A’raaf: 75-79)

Azab Allah SWT Terhadap Kaum Tsamud Yang Kufur

Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dasyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan. 
Surah as-Fushsilat ayat 17

Berikut adalah bukti tinggalan kota kaum Tsamud, semoga Umat Islam mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu yang telah dilaknat Allah SWT.

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal, (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu
Surah at-Thalaq ayat 10

Bangunan tersergam indah diukir pada gunung.

Saluran airdan mungkin ia adalah sistem peparitan

Jalan juga mereka cipta untuk kemudahan mereka.

Bangunan yang tinggal untuk umat hari ini menghayati.

Sebuah bangunan yang dipahat daripada gunung.

Tempat tinggal mereka turut dipahat daripada gunung.

Sebuah pintu diukir pada gunung.

Lihatlah keunggulan mereka dalam mengukir gunung untuk dijadikan bangunan.

Sebuah bangunan berdiri secara bersendirian di lembah padang pasir yang tandus.

Sebuah gunung ditebuk.

Kecantikan dan kehalusan ukiran namun mereka sombong dengan pencapaian mereka.

Deretan gunung ditebuk untuk dijadikan bangunan.

Kehebatan mereka sangat mengagumkan.

Gerbang Kota Petra.

Rangka Ratu Puabi, Ratu Kaum Tsamud.

Makam nabi Saleh as.

Kota ini pernah didiami dan manjadi bukti azab yang mereka terima akibat keangkuhan mereka.

Ukiran timbul sebuah patung.

Wallahu'alam...