Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Saturday, 28 April 2012

Keajaiban Air Laut Yang Tidak Bercampur


Perairan Alaska 

Sempadan laut di perairan Alaska menjadi perkara yang luar biasa kerana kedua-dua bahagian air tawar dan air masin bertembung mewujudkan seolah-olah ia tidak bercampur di tengah laut di teluk Alaska. Terdapat buih-buih yang terhasil dari pertembungan air itu.

Ini adalah satu contoh Halocline, yang disebabkan oleh kecerunan yang kukuh, dimana tahap kemasinan menegak dalam badan air. Walaubagaimanapun, beberapa orang telah mengulas bahawa Halocline adalah lebih daripada fenomena mendatar dan ini berorientasikan yang lebih menegak.

Apa yang anda lihat adalah hasil daripada glasier lebur yang terdiri daripada air tawar dan laut yang mempunyai peratusan garam yang lebih tinggi  menyebabkan kedua-dua badan-badan air mempunyai ketumpatan yang berbeza dan dengan itu membuatkannya lebih sukar untuk bercampur. Pada akhirnya ia akan bercampur dalam masa yang cukupi. Bagaimanapun, penggabungan lautan adalah salah satu peristiwa alam semula jadi yang sangat hebat.


 Sungai Dalam Laut Di Cenote Angelita, Mexico


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun-daun yang terapung.

Subhanallah!!!
Ia mungkin kelihatan seperti sungai,tetapi ia bukan sungai yang sebenar. Ia hanya satu lapisan hidrogen sulfida di bawahnya. Ia kelihatan mengejutkan dan tidak dapat dilupakan apabila anda sampai ke sana dan melihat dengan mata anda sendiri. Dalam perjalanan ke bawah anda, anda boleh melihat lapisan batu-batu yang menakjubkan yang terbentuk semasa zaman ais terakhir. 

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al Qur'an, Al Furqan:53)


Pertembungan Dua Laut

Ilmu pengetahuan moden telah mendedahkan bahawa pada tempat-tempat di mana dua lautan yang berlainan bertemu ada batas di antara kedua-duanya. Had ini membahagi kedua-dua lautan sehingga setiap laut mempunyai suhu, kadar garam dan kepekatan tersendiri. Sebagai contoh, laut Mediterranean mempunyai air yang hangat, berkadar garam tinggi dan lebih pekat berbanding dengan lautan Atlantik. Ketika laut Mediterranean memasuki Atlantik melalui selat Jibraltar, airnya bergerak beberapa ratus kilometer ke wilayah Atlantik pada kedalaman 1000 meter dengan tetap mempertahankan sifatnya yang hangat, berkadar garam tinggi dan lebih pekat. Pada kedalaman ini, air laut Mediterranean berada dalam keadaan stabil. Walaupun ada ombak besar, arus dan pasang surut yang kuat, seolah-olah ada batas yang menghalang pencampuran air dari ke dua lautan ini.

Air laut Mediterranean ketika memasuki Atlantik melalui selat Jibraltar turun ke kedalaman dengan tetap membawa sifatnya yang lebih hangat, berkadar garam lebih tinggi dan lebih pekat kerana ada batas yang membahagi antara kedua-dua lautan tersebut. Suhu dalam darjah Celsius. (Marine Geology, Kuenen, hal. 43, dengan sedikit perubahan.) 

Al Qur'an menyebutkan bahwa ada batas antara dua lautan yang bertemu dan keduanya tidak melampaui batasan ini. Allah berfirman: 


مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. (Al Qur'an, Ar-Rahman (55):19-20)

Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT...


Monday, 12 March 2012

Adolf Hitler Berketurunan Yahudi ?


Adolf Hitler

Siapa yang tidak mengenali Adolf Hitler. Biografi, filem-filem dokumentari, buku-buku, bahkan filem-filem Hollywood pun banyak yang diinspirasi oleh kisahnya. Diktator Nazi ini dikenali sebagai tokoh perkauman yang menganggap bangsa Aryan (bangsa Jerman) sebagai bangsa yang paling unggul.



Di samping kebanggaannya terhadap bangsa Aryan (dimana Hittler mengaku sebagai bangsa Aryan), Hitler sangat memandang renadah terhadap bangsa lain, khususnya Yahudi. Hitler menunjukkan kebenciannya pada kaum Yahudi secara terang-terangan tanpa berselindung dari mata dunia.

Tindakan diskriminasi sehinggakan pembunuhan untuk menghapuskan kaum Yahudi menular ke seluruh Jerman. Kem-kem khas ditubuhkan untuk memisahkan kaum Yahudi dengan bangsa lain. Begitu mendalam sekali kebencian Hitler terhadap kaum Yahudi.

Tetapi tahukah kita bahawa di dalam darah Hitler adanya 'darah' Yahudi yang mengalir di dalam badannya? Berdasarkan ujian DNA yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan fakta yang mengejutkan, Hitler terbukti berketurunan Yahudi dan Afrika.

Marc Vermeeren

Jean-Paul Mulders

Wartawan, Jean-Paul Mulders dan sejarawan, Marc Vermeeren yang menggunakan DNA untuk menjejak 39 waris Hitler awal tahun ini. Termasuk, seorang petani Austria yang diketahui satu-satunya sepupu Hitler, Norbert H. Sampel DNA juga diambil dari seorang warga Amerika Alexander Stuart-Houston, 61, cucu kepada saudara Hitler.

Alexander Stuart-Houston bersama dengan Adolf Hitler

Alexander Stuart-Houston ketika remaja

Sebuah akhbar Belgium melaporkan, sampel dari air liur yang diambil dari sampel saudara maranya tersebut untuk menjejaki asal-usul darah Hitler. Kromosom yang disebut Haplogroup E1b1b (Y-DNA)terdapat dalam sejumlah sampel itu, dan sangat jarang ditemui di Jerman, bahkan di Eropah Barat.

Taburan penduduk yang mempunyai darah 
Haplogroup E1b1b (Y-DNA)

"Ini biasanya ditemui di Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia juga diantara Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Vermeeren, seperti dimuat di laman Daily Mail, 23 Ogos 2010.

"Ini salah satu bukti bahawa Hitler sememangnya sebahagian daripada bangsa yang dia benci," tambah Mulders dalam Majalah Knack.

Haplogroup E1b1b1, yang menyumbang sekitar 18-20 peratus daripada bangsa Ashkenazi - dan 8.6 peratus sampai 30 peratus daripada Sephardic-kromosom Y, nampaknya menjadi salah satu nadi garis keturunan utama dari penduduk Yahudi.

Prof Ronny Decorte

"Ini adalah hasil yang mengejutkan," kata Ronny Decorte, pakar genetik yang setuju bahawa Hitler mungkin mempunyai asal usul dari Afrika Utara.

Majalah Knack mengatakan, DNA diuji dalam keadaan makmal yang rapi dan kawalan ketat untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Ini bukan kali pertama sejarawan yakin bahawa Hitler berketurunan Yahudi. Ayahnya, Alois, adalah anak kepada seorang perempuan yang tidak berkahwin Maria Schickelgruber .Alois adalah hasil hubungan emaknya dengan seorang lelaki Yahudi yang ketika itu berusia 19 tahun bernama Frankenberger.

Sebuah laporan menyebutkan, anak saudara Hitler, Patrick pernah menghantar surat kepada ayah saudaranya itu - amaran tentang isu sensitif soal darah campuran Alois Hitler.

Mengikut cerita yang tidak sahih, Hitler mengarahkan orang kananya, Hans Frank untuk menyiasat perkara tersebut. Oleh sebab tertekan selepas mengetahui asal usulnya dari bangsa yang dibencinya, Hitler telah membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.

Gambar kematian yang digembar gemburkan

Ada sumber yang mengatakan Hitler meninggal di Argentina. Perancangan siapakah ini?
Apakah agenda di sebalik cerita Hitler ini ?

Wallahu'alam...

Friday, 9 March 2012

Al-Quran Membongkar Cara Mengesan Penipuan


Kesan ujikaji ke atas otak

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu 1400 tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetik atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan tindak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan kebenaran yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. 

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bertindak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara-saudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenaran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

Wallahu'alam...

Saturday, 18 February 2012

Yahudi Menipu Kita !


Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Rasulullah SAW.


Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: 

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil" 

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita. 

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir laknatullah) bahawa kalau nak dapat Vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Rasulullah SAW kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.  

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Rasulullah SAW kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar bahawa daging kambing tidak baik untuk badan kerana tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Rasulullah SAW kita. Seolah-olah buku sains ( ciptaan kafir ) cuba  nak merendahkan pemakanan Rasulullah SAW kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 

4. Kita diajar bahawa makanan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coca-cola dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, lepas tu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang ramai sudah  ketagih minum.


6 . Untuk pengetahuan, para kafir ejen dajjal ni juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Di samping itu, soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc (yang diperlukan oleh badan) dan dapat menjejaskan kesihatan kita.


Wallahu'alam...

Sunday, 5 February 2012

Apa Itu Obelisk ?



Pernahkan anda mendengar tentang "Obelisk" ? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama 'Cleopatra Needle' dan diasaskan dari"Sun Pillar". 
  
Sun Pillar
  
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "Obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
  
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat: 
 
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
 (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
  
Melontar Jumrah
  
Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama "Pagan" ? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini! 
  
  
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di: 

Mesir (8 buah) 
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor 
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple Pharaoh Hatshepsut, 
Karnak Temple, Luxor 
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo 
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum 
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m 
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m 
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m 

Perancis (1 buah) 
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris 

Israel (1 buah) 
Caesarea obelisk 

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City) 
8 di Rome 
Piazza del Duomo, Catania (Sicily) 
Boboli Gardens (Florence) 
Urbino 

Poland (1 buah) 
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin) 

Turki (1 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul 

United Kingdom (4 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London 
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham 
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset 
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London Amerika Syarikat (1 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York 

Amerika Syarikat (1 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York 

Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web "Malaysia Travel Guide" ; 
  
This is the city's own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia's history. 

Sabda Rasullulah:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Hadis Riwayat Abu Daud

Gambar-Gambar Obelisk Di Putrajaya:
 





Berikut Adalah Gambar-Gambar Obelisk Di Serata Dunia: 

St. Peter Square, Vatican

Luxor Obelisk, Paris

Central park, New York

Sao Paolo. Brazil

Buenos Aires, Argentina

Pheonix Park, Dublin

Istanbul, Turki

London, England

  Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Luqman 13