Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts

Friday, 9 August 2013

Pintu Taubat Terbuka Sepanjang Hayat

Bismillahirrahmanirrahim...

   Taubat wajib daripada segala maksiat dan ia memiliki 4 syarat yang perlu dipenuhi seperti yang disebut Imam an-Nawawi dan para ulama.
1. Hendaklah ia meninggalkan maksiat
2. Menyesal kerana pernah melakukannya
3. Hendaklah dia berazam iaitu berniat untuk meninggalkannya dan tidak melakukannya 
    selama-lamanya
4. Membebaskan hak milik orang lain sekiranya maksiat itu berhubung dengan harta manusia atau lainnya      
    serta mengembalikannya kepada pemiliknya

  Jika dosa yang dilakukan dalam bentuk lisan, hendaklah dia meminta maaf kepada orang tersebut .Jika dia mengambil atau mencuri harta seseorang, hendaklah dia mengembalikannya, sekiranya dia mengetahui pemiliknya. Sekiranya dia tidak mengetahuinya, maka hendaklah dia sedekahkan kepada fakir miskin atas nama pemiliknya.
Wajib Bertaubat

  Wajib hukumnya bertaubat atas segala dosa. Jika seseorang bertaubat atas sebahagian dosa yang di taubat,  maka sah taubatnya atas dosa yang dia taubat dan tetap baginya dosa yang dia belum taubat. Dalil wajib taubat sangat banyak. Antaranya firman Allah SWT dalm surah an-Nur ayat 31 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
  Pintu Taubat terbuka sepanjang umur, seperti yang diriwayatkan Muslim daripada Abu Musa al-Asy'ari ra, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud : 
   
  "Sesungguhnya Allah SWT membuka tangan-Nya (rahmat) pada malam hari agar orang yang berbuat buruk pada siang hari dapat bertaubat, dan ia membuka tangan-Nya pada siang hari agar orang yang berbuat buruk pada malam hari dapat bertaubat sehingga matahari terbit dari barat."    

   Ibnu Majah dan at-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Umar ra, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud : 
  
   "Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat hamba-Nya selama dia belum mengalami sakaratul maut atau sebelum rohnya sampai di kerongkong."

Dua Keadaan Taubat Tak Diterima

    Taubat tidak diterima dalam dua keadaan iaitu pertama, ketika nazak dan kedua, ketika berubah arah terbit matahari. Sesiapa yang melihat betul-betul akibat perbuatan dosa, iakan tahu bahawa tidak ada dosa yang beroleh kebaikan.

    Orang yang terus-menerus berzina dan melakukan maksiat, maka dia kan hidup dalam keadaan melarat di dunia. Mereka tidak ubah seperti Manusia yang masuk dalam kegelapan. Hati manusia lain akan berpaling menjauhi dirinya.

    Jika mereka mempunyai harta yang banyak, maka harta itu pastinya bukan dari sumber yang halal. Jika mereka ditimpa kesukaran, mereka mula menyalahkan takdir seolah-olah takdir penyebab penderitaannya. Mereka sibuk dengan Duniawi dan mereka sama sekali tidak mengenal akhirat.

    Namun, sekiranya anda memerhatikan orang yang sabar menghadapi godaan nafsu dan meninggalkan perkara tidak halal, ada dalam kalangan mereka yang dikurniakan kesenangan di dunia, makanan lazat, tempat tinggal selesa, kehidupan aman dan kedudukan terhormat. Apabila kesusahan dan kesempitan datang menimpa , maka sabarlah ia dan ingat kepada Allah, kerana yang melapangkan dan menyempitkan hati hanya Allah , Al-Qabidh (Maha Menyempitkan) dan Al-Basith (Maha Melapangkan).

   Kesimpulannya, kita sebagai hamba Allah yang lemah dituntut agar menyegerakan taubat kerana kita tidak tahu bila ajal dan maut akan menjemput kita. Rasulullah SAW sentiasa bertaubat kepada Allah walaupun baginda seorang yang maksum (suci dari dosa).Marilah kita memperbanyakkan taubat agar hati kita sentiasa suci bersih dari sebarang kejahatan yang boleh menyebabkan hati menjadi lalai dari mengingati Allah.   

    Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada 

gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya disebuah padang yang tandus kemudian dia 

mendapatkannya kembali unta itu.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


  Kata-Kata Hikmah :
                                   " Jika Malas Nak Bertaubat , Perbanyakkanlah Beristighfar "
                                      -MSA-

Wallahua'lam...

Monday, 11 February 2013

Ciri-Ciri atau Sifat-Sifat Orang Munafik


Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh...

Semoga semua di berkati dan di rahmati Allah. Kali ini saya akan kongsi perihal sifat hati iaitu – MUNAFIK. Memang kita selalu dengar perkataan MUNAFIK itu dan pernah tak kita tanya apakah ciri-cirinya? Oleh itu saya ingin kongsikan di sini.
Mungkin kita selalu mendengar perkataan munafik di dalam kehidupan kita sehari-hari.Pada kita ia perkara biasa dan tak ade apa pun.Namun sebenarnya munafik itu adalah suatu sifat yang amat buruk dan mencelakakan.
Apakah kita termasuk orang yang munafik?
Mungkin kita dengan yakin mengatakan kita bukanlah orang munafik kerana kurangnya pemahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.
Hadis Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :
“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.

(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik Manusia :
1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan mengkhianatinya.
Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga-tiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pengingkar janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi baru calon munafik.

1. Berbohong / Dusta
Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila kita tidak jujur kepada orang lain maka kita bisa menjadi orang yang munafik. Contoh bohong dalam kehidupan keseharian kita yaitu seperti menerima telepon dan mengatakan bahwa orang yang dituju tidak ada tetapi pada kenyataannya orang itu ada.
2. Ingkar Janji
Seseorang kadang-kadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu bererti telah ingkar janji. 
3. Berkhianat/ Tidak Amanah
Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat tukang bohong dan tukang ingkar janji. Contohnya seorang yang di amanahkan menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya sendiri.
Di Bawah adalah antar 30 Sifat Munafik yang boleh wujud pada diri dan membuatkan kita jadi munafik secara tak sedar. Bacalah dan semaklah samada sifat2 itu ada pada kita. Jika ada usahalah untuk memperbaiki.
30 Sifat Munafik Yang Wujud Dalam Hati Kita:
Sifat Yang Ke-1 : Dusta
Sifat Yang Ke-2 : Khianat
Sifat Yang Ke-3 : Fujur dalam Pertikaian
Sifat Yang Ke-4 : Mungkir dan Ingkar Janji
Sifat Yang Ke-5 : Malas Beribadah
Sifat Yang Ke-6 : Riak
Sifat Yang Ke-7 : Kurang Berzikir
Sifat Yang Ke-8 : Mempercepatkan Solat
Sifat Yang Ke-9 : Mencela Orang-Orang yang Taat dan Sholeh
Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al Quran, As Sunnah, dan Rasulullah SAW
Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah Palsu
Sifat Yang Ke-12 : Tidak Mahu Berinfaq
Sifat Yang Ke-13 : Tidak peduli akan Nasib Kaum Muslimin
Sifat Yang Ke-14 : Suka Menyebarkan Khabar Fitnah
Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari Takdir
Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki Kehormatan Orang-Orang Sholeh
Sifat Yang Ke-17 : Sering Meninggalkan Solat Berjemaah
Sifat Yang Ke-18 : Membuat Kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Sifat Yang Ke-19 : Tidak Ada Kesesuaian antara Zahir dengan Batin
Sifat Yang Ke-20 : Takut Terhadap Kejadian Apa pun
Sifat Yang Ke-21 : Berudzur dengan Dalih Dusta
Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan
Sifat Yang Ke-23 : Bakhil
Sifat Yang Ke-24 : Lupa Kepada Allah swt
Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya
Sifat Yang Ke-26 : Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Batin
Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam Berbicara
Sifat Yang Ke-28 : Tidak Memahami Islam (Ad Din)
Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari Manusia dan Menantang Allah dengan Dosa
Sifat Yang Ke-30 : Senang dengan Musibah yang Menimpa Orang-Orang Beriman dan Dengki Terhadap                Kebahagiaan Mereka


Semoga kita semak sifat-sifat di atas agar kita boleh perbaiki kelemahan kita dan menjadi Hamba Allah yg lebih taat dan patuh, bersungguh-sungguh dalam beribadah dan mengharapkan Keredhaan Allah.
    Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itutanaman di bumi, antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak.
Hingga apabila bumi itu sudah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) laksana tanam-tanamannya yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin.
Demikianlah Kami menjelaskan tanda kekuasaan (Kami)kepada orang yang berfikir, Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syura), dan menunjukkan orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).” – (Surah Yunus, ayat 24-25)
Wallahu'alam...  sumbernya di sini

Wednesday, 21 November 2012

Sebaik-Baik Zikir dan Sebaik-Baik Doa

عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما يقول : سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول : افضل الذكر لا اله الا الله وافضل الدعاء الحمدلله .                                 
(رواه الترميزي)

Daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma berkata : Rasulullah SAW Bersabda : Sebaik-baik Zikir ialah La Ilaha Illa Allah dan Sebaik-baik Doa ialah Alhamdulillah.   Riwayat Tarmizi
 
 

Thursday, 12 January 2012

Kisah Rasulullah Dan Kucingnya


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. 



Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. 

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. 

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. 

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. 

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. 

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.


Selain itu, ada juga kisah menarik dari China. Ha Wenjin telah menjual hampir semua asetnya untuk membuka kawasan penjagaan haiwan terbesar di China. Lebih daripada 1,500 anjing dan 200 kucing tinggal di sana sekarang. Tempat ini mempunyai 10 pekerja yang merawat dan menjaga anjing dan 2 pekerja untuk kucing. Perbelanjaannya adalah sekitar $ 37,500 setahun untuk menguruskan penjagaan haiwan ini.









Harap ada orang Islam yang bersikap macam ni.

Wednesday, 11 January 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW Untuk Renungan


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra'kan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapiSOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWTmemberi minum hingga ia merasa puas.



6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.